11/04/2014

PENGHARGAAN

Mewakili KELAB ASTRONOMI USM, 
kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG,
TABUNG PROGRAM PENGGALAKAN SAINS & TEKNOLOGI
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 
dan semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung.


Sekalung penghargaan untuk JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG
dan DEWAN BAHASA & PUSTAKA 
kerana turut sama memberikan sokongan.

Tidak dilupakan kepada panel penilai, 
semua pembentang, peserta, pemamer dan sekretariat 
yang menjayakan seminar ini, 
terima kasih kami ucapkan.

Jumpa lagi tahun hadapan 
untuk lebih banyak program pendidikan astronomi dan falak, 
insyaAllah.



FOTO PROGRAM



PROSIDING SEMINAR

Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan kertas kerja dan tayangan slaid pembentang.

KERTAS KERJA
SLIDE SHOW


10/08/2014

PERHATIAN UNTUK PESERTA


Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Kami mengucapkan terima kasih kerana anda telah mendaftar sebagai peserta SEMINAR PENDIDIKAN ASTRONOMI-FALAK MALAYSIA KALI PERTAMA.



Sila ikuti dan ambil perhatian terhadap perkara berikut. Sebarang kecuaian adalah di luar bidang kuasa kami.

8/07/2014

Astronomy-Falak Education Seminar 2014

Welcome to Astronomy-Falak Education Seminar 2014

We welcome all of you to join our event 

List of important post

SURAT JEMPUTAN | INVITATION LETTER


Bagi memudahkan urusan individu yang memerlukan surat jemputan, berikut disertakan pautan untuk 2 kategori di bawah :

i) Pembentang
ii) Peserta

Tuan/Puan diminta untuk memuat turun borang mengisi butiran yang diperlukan untuk kegunaan majikan/lain-lain.

Sekian, terima kasih.

Click Read more for english version.

8/05/2014

PERHATIAN | ATTENTION




Seminar ini adalah terbuka kepada semua peminat / pengamal astronomi dan falak. Namun begitu, tempat adalah terhad kepada 200 peserta sahaja. Maka, tuan/puan/cik dijemput untuk mendaftar sebelum 26 September 2014.

Bilangan peserta yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a) 100 guru sains / pendidikan Islam / yang berkenaan yang mengajar di Pulau Pinang sahaja (kuota JPNPP)
b) 50 staf / ahli falak amatur / profesional (kuota JMNPP)
c) 50 peminat / ahli astronomi amatur / profesional (kuota KAUSM)

Jika tuan/puan/cik tidak dapat menghadiri seminar tetapi mahu meyumbangkan kertas kerja, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar emel kepada penganjur (pearl_of_orion@yahoo.com / tiniejaafar@yahoo.com) sebelum 12 September 2014.

Penganjur hanya menanggung yuran seminar termasuk makan/minum sahaja. Kos pengangkutan dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh peserta.

Maklumat lanjut, sila rujuk garis panduan.

Peserta boleh mendaftar butiran peribadi di sini. Senarai semak peserta.
Pembentang/penulis kertas kerja sila daftar di sini. Senarai semak pembentang.

Terima kasih.

Click Read more for english version.

8/04/2014

HEBAHAN | PUBLISITY


Adakah anda seorang :

guru sains / pendidikan Islam ?
ahli astronomi/falak amatur / profesional ?
peminat astronomi / falak ?

Kami amat berbesar hati menjemput anda menjadi peserta atau 
menyumbangkan kertas kerja untuk 
pembangunan pendidikan astronomi/falak Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini. 
Bersama mentransformasikan pendidikan negara.

(Poster BM)



Tempat adalah terhad. Daftar sekarang!


Click Read more for english version.

7/26/2014

TENTATIF | TENTATIVE

Klik di SINI / Please click HERE


GARIS PANDUAN | GUIDE LINE


a) PENDAFTARAN  DITUTUP

i. Pembentang kertas kerja seramai 27 orang terdiri daripada kalangan pendidik/ahli astronomi/falak profesional/amatur yang berpengalaman mengajar/menganjurkan aktiviti berkenaan astronomi/falak kepada orang ramai;

ii. Peserta seramai 200 orang pula terdiri daripada guru yang disaring oleh JPNPP, atau ahli astronomi/falak profesional/amatur dan pemamer yang dipilih oleh JMNPP dan KAUSM.

iii. Tiada yuran atau caj makan/minum dikenakan. Namun pembentang/peserta/pemamer perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan dan kecemasan sendiri (jika ada).

iv. Klik sini untuk senarai kertas kerja, manakala untuk mendaftar sebagai peserta/pemamer klik sini. Senarai semak peserta/pemamer. DITUTUP

v. Tarikh tutup pendaftaran untuk peserta ialah 26 September 2014.


b) PENYERAHAN KERTAS KERJA/PEMBENTANGAN

i. Kertas kerja boleh ditulis lebih dari seorang individu. Tetapi hanya seorang penulis akan menjadi pembentang berdaftar. Penulis lain yang turut berminat menghadiri seminar boleh mendaftar sebagai peserta.

ii. Seminar akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Namun begitu, kertas kerja/pembentangan dalam Bahasa Inggeris juga diterima.

iii. Sila hantar abstrak dan kertas kerja penuh kepada penganjur sebelum 19 September 2014.
Dr. Chong : pearl_of_orion@yahoo.com
Fatini : tiniejaafar@yahoo.com

iv. Rujuk templat di sini dan cara penulisan APA style di sini.

v. Seorang pembentang diperuntukkan masa 20 minit (15 minit pembentangan + 5 minit Q&A);

vi. Kertas kerja akan dinilai oleh panel bertauliah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIPUSM), Southeast Asian Ministers of Education Organisation- Regional Centre for Education in Science and Mathematics (SEAMEO - RECSAM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

vii. Anda boleh menghantar seberapa banyak kertas kerja yang bersesuaian kepada penganjur. Walau bagaimanapun, hanya 25 kertas terbaik akan disenarai pendek untuk dibentangkan.

viii. Penganjur akan memberikan maklum balas terhadap kertas kerja yang telah dihantar melalui e-mel berdasarkan kepada komen/penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel penilai.

ix. Penganjur akan menerbitkan kesemua kertas kerja (berserta pembetulan) yang telah dihantar di dalam buku prosiding walaupun kertas kerja tidak dibentang pada hari seminar.

x. Anugerah khas diberikan untuk penulisan dan pembentangan kertas kerja terbaik, masing-masing untuk Astronomi dan Falak;

xi. Penganjur berhak menerbitkan semula kertas kerja untuk tujuan pembangunan pendidikan astronomi/falak dalam apa jua bentuk tanpa perlu mendapatkan kebenaran lisan/bertulis daripada penulis.


c) PEMAMER

i. Pemamer terdiri daripada organisasi yang terlibat dalam pendidikan astronomi/falak, yang dipilih oleh penganjur.

ii. Maksimum bilangan pemamer yang mewakili organisasi tertentu ialah 4 orang (termasuk pemandu/guru).

iii. Ruang pameran seluas 3m x 3m berserta meja, kerusi dan display board disediakan di foyer tingkat atas Dewan Kuliah A.

iii. Pemamer perlu mendaftar sebagai peserta seperti di (a).

Click Read more for english version.

7/21/2014

BUTIRAN PROGRAM | PROGRAM`S DETAIL

Tarikh : 17 - 19 OKTOBER 2014 (Jumaat - Ahad)

Tempat : DEWAN KULIAH A, USM PULAU PINANG
(Koordinat 5.357913, 100.304735)



Yuran : PERCUMA
(Kos penginapan, pengangkutan & kecemasan tidak ditanggung oleh penganjur)

Sasaran : 250 PESERTA
i) 2 penceramah utama (keynote speaker)
ii) 25 pembentang kertas kerja (paper presenter)
iii) 100 guru sekolah Pulau Pinang
iv) 50 ahli/pegawai falak jemputan JMNPP
v) 50 ahli astronomi profesional/amatur jemputan KAUSM
vi) 23 sekretariat seminar (JMNPP & KAUSM)

Cenderahati: Sijil, buku nota, corporate folder, book of proceedings, pen, eco-friendly bag, nametag & lanyard

Individu utk dihubungi :
i) Prof Madya Chong Hon Yew 
(h/p: +6016 315 7318, e-mail: pearl_of_orion@yahoo.com)
ii) Cik Nurul Fatini Jaafar
(h/p: +6012 413 9153, e-mail: tiniejaafar@yahoo.com)
iii) Mr Darren Siew
(h/p: +6017 700 3241, e-mail: darrensiew93@gmail.com)

Senarai hotel/tempat menginap berhampiran USM :
i) USM Guest House (+604 653 2030)
ii) B Hotel (+604 657 0000)
iii) Vistana Hotel (+604 646 8000)
iv) Anggerik Lodging (+604 658 3760)
v) Eastin Hotel (+604 612 1111)
vi) Apple 1 Hotel (+604 640 6666)
vii) B-Suite (+604 646 7777)
viii) Krystal Suites (+604 613 3333)
ix) Hotel Equatorial (+604 632 7000)
x) Farin Hotel (04-659 0809)

Click Read more for english version.

7/14/2014

TOPIK SEMINAR | SEMINAR`S TOPIC

Antara yang akan dibincang/dibentangkan ialah :

1) Silibus astronomi/falak
- Cth 1: Kaitan kanta cembung & cekung dengan teleskop
- Cth 2: Fajar sadiq & waktu Subuh, gelincir Matahari utk waktu Zohor

2) Praktikal dalam proses pengajaran & pembelajaran (PNP)
- Cth 1: Bagaimana rupa buruj dgn mata kasar? Keperluan peta bintang utk cerapan malam
- Cth 2: Apakah rupa sebenar planet? Keperluan cerapan menggunakan teleskop/binokular

3) Kelab/Persatuan Astronomi & Sains Angkasa
- Cth 1: Apa aktiviti yg dijalankan? Pertandingan/Sambutan/Program mingguan
- Cth 2: Faedah penubuhan

4) Pengoperasian teleskop/Pembinaan balai cerap
- Cth 1: Apa sumbangan utk PNP?
- Cth 2: Cara mendapatkan dana

5) Projek astronomi/falak utk penyelidikan dan inovasi
- Cth 1: Radio JOVE. data mining, tompok matahari, astro-fotografi
- Cth 2: Analemma, jam matahari, rubu' mujaiyab, tongkat istiwa'

6) Web/simulasi/animasi sbg alat bantu mengajar
- Cth 1: Peranan amatur
- Cth 2: Pertunjukan planetarium

7) Prospek masa depan
- Cth 1: Kerjaya profesional/amatur
- Cth 2: Kemudahan semasa & akan datang

8) Lain-lain
- Cth 1: Astronomi/falak utk OKU
- Cth 2: Astronomi/falak dlm sejarah/budaya

Click Read more for english version.

7/12/2014

PENGENALAN | INTRODUCTION


Kelab Astronomi USM (KAUSM) telah mengadakan kursus sejak tahun 1995 untuk guru tempatan dan ASEAN. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) pula merupakan organisasi falak yang sangat aktif meyuburkan lapangan falak di Malaysia.

Hari ini, negara berdepan kemerosotan penglibatan pelajar dalam sains dan teknologi (S&T). Selari dengan kemajuan teknologi dan ilmu, pendidik turut berdepan cabaran besar. Maklumat astronomi dan falak tidak bersifat statik dan sentiasa dikemaskini dengan penemuan baru. Maka guru perlu didedahkan dengan skil dan input yang standart agar menjadi tempat rujukan ideal yang mencetuskan minat pelajar dalam S&T.

Peserta SEMINAR PENDIDIKAN ASTRONOMI-FALAK 2014 akan didedahkan dengan kepelbagaian projek astronomi/falak yang boleh dilakukan di sekolah, cara penubuhan kelab dan pengurusan, kaedah menggunakan peta bintang dan aparatus astronomi, teknik astro-fotografi, cara menetapkan soalan peperiksaan yang relevan dan menarik, pertandingan, pembinaan balai cerap dan banyak lagi topik lain yang menarik.

Oleh yang demikian, KAUSM dan JMNPP komited merealisasikan seminar pendidikan ini untuk pembangunan astronomi dan falak yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Click Read more for english version.

7/11/2014

PENGUMUMAN RASMI | OFFICIAL ANNOUCEMENT


Majlis Pendidikan Negeri Pulau Pinang (Penang Education Council, PEC) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 10,000 kepada Kelab Astronomi USM bagi menganjurkan SEMINAR PENDIDIKAN ASTRONOMI-FALAK MALAYSIA KALI PERTAMA 2014.

Kami juga berbesar hati dengan pembabitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP) yang turut menyumbang RM 10,000 dalam program yang julung-julung kali diadakan ini.

Maka butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 - 19 Oktober 2014 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah A, USM Pulau Pinang

Sasaran peserta : 250 orang

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan.

Click Read more for english version.