10/08/2014

PERHATIAN UNTUK PESERTA


Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Kami mengucapkan terima kasih kerana anda telah mendaftar sebagai peserta SEMINAR PENDIDIKAN ASTRONOMI-FALAK MALAYSIA KALI PERTAMA.



Sila ikuti dan ambil perhatian terhadap perkara berikut. Sebarang kecuaian adalah di luar bidang kuasa kami.


1. Semak SENARAI NAMA ini. Jika terdapat ruang kosong pada kolum nama anda, sila SMS/WhatsApp nama & butiran yang diperlukan kepada Cik Afiqah (012 688 6072) sebelum 15 Oktober 2014.

2. Kepada yang tidak sempat mendaftar, sila daftar lebih awal pada tahun hadapan untuk jaminan tempat. Kami hanya boleh menerima kapasiti 200 peserta pada tahun ini.

3. Sila rujuk TENTATIF program bagi mengetahui masa pendaftaran, waktu makan dan masa program bermula dan tamat setiap hari.

4. Makan/minum hanya disediakan berdasarkan tentatif sahaja. Tiada makanan/minuman dibekalkan pada sebelah malam bagi memberi peluang peserta menikmati keindahan dan kelazatan syurga makanan di Pulau Pinang.

5. Sila ambil perhatian bahawa penganjur tidak menyediakan minuman botol/cawan sepanjang program berlangsung. Sila bawa minuman/makanan ringan seperti air mineral dan gula-gula sendiri.

6. Jaga kesihatan diri dengan minum air secukupnya. Cuaca pada bulan Oktober di Pulau Pinang adalah tidak menentu - panas, kadang-kadang berjerebu disusuli hujan lebat. Bawa keperluan ubat-ubatan sendiri jika perlu.

7. Sila jaga kebersihan dewan kuliah, tandas dan surau. Keselamatan diri dan kenderaan adalah tanggungjawab individu.

8. Sepanjang 3 hari program, 28 kertas kerja akan dibentangkan, 5 kertas kerja tidak dibentangkan (termasuk dalam prosiding), 1 slot bersama DBP mencari penulis baru yang berminat menyumbangkan karya Sains, 3 hari pameran astronomi/falak dan 2 slot praktikal astronomi pada waktu malam.

9. Anda mungkin memerlukan penggunaan alatulis semasa seminar. Sila bawa sendiri pensil, pemadam, pembaris, gam, gunting, benang dan kalkulator.

10. Pengangkutan dan penginapan tidak disediakan oleh penganjur. Sila susun sendiri tempahan kenderaan/hotel masing-masing. Terdapat pelbagai pilihan hotel bajet, sederhana dan mewah di sekitar USM.

11. USM mempunyai 4 pintu masuk. Jika anda sampai di mana-mana pintu pagar, beritahu pegawai keselamatan bahawa anda ialah peserta SEMINAR PENDIDIKAN ASTRONOMI-FALAK. Tempat seminar ialah Dewan Kuliah A - berhampiran bank CIMB. Di dalam peta di bawah, cari bangunan C08 untuk ke Dewan Kuliah A.



12. Jika anda membawa kenderaan, jangan khuatir kerana sekitar dewan kuliah mempunyai banyak kawasan parkir. Program ini dijalankan pada masa cuti pertengahan semester (kecuali Jumaat, 17/10/2014).

13. Seminar ini mengumpulkan ramai individu berpengalaman dalam bidang pendidikan astronomi/falak juga para amatur astronomi yang terlibat sejak lebih 20 tahun. Ambil peluang untuk menemuramah dan berkongsi pengalaman bersama mereka. Contohnya Prof. Madya Dr. Mahamarowi Omar, Aziz Mahmood, Prof. Madya Chong Hon Yew, Tn. Hj. Hanafiah Abd. Razak, Shahrin Ahmad, CK Lim, Prof. Madya Baharrudin Zainal dan ramai lagi.

14. Bagi yang berminat mendapatkan koleksi artifak falak seperti jam matahari, astrolab dan rubu' mujayyab serta membeli teleskop peribadi atau aplikasi astronomi/falak, anda boleh bertemu dengan para pemamer atau individu yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

15. Pakaian sepanjang program adalah formal ATAU semi-formal sahaja. Baju kemeja berkolar untuk lelaki dan sebarang pakaian sopan untuk wanita. Penggunaan selipar adalah ditegah.

16. Simpan 3 no. berikut untuk dihubungi sekiranya perlu:

Dr. Chong 016 315 7318
Darren 017 700 3241
Daim 017 730 7554

17. Kami mendoakan keselamatan serta keberkatan perjalanan anda pergi dan pulang. Terima kasih kerana menyokong pendidikan astronomi dan falak di Malaysia.

Jumpa anda pada 17 OKTOBER 2014, JUMAAT jam 8.30 pagi di DEWAN KULIAH A, USM PULAU PINANG :)


No comments:

Post a Comment